Saturday 26 November 2011

Jawatan Kosong Pusat Urus Zakat Pulau Pinang

INFO TERKINI JAWATAN KOSONG KERAJAAN MALAYSIA, KERAJAAN NEGERI TERMASUK SABAH DAN SARAWAK, BADAN BERKANUN (MARA, KWSP, TNB, FELDA) SWASTA (BANK, JOBSTREET, ACCOUNTANT, PROFESSIONAL)

Submitted by admin for Pusat Urus Zakat Pulau Pinang

4 Kekosongan Jawatan:   Badan Berkanun / GLC
Job Description :
Jawatan Kosong Pusat Urus Zakat Pulau Pinang 


PUZ memulakan operasi awalnya pada 27 Disember 1994 berpusat di Taman Selat, Butterworth. Pada peringkat awal penubuhan, terdapat tiga cawangan kaunter perkhidmatan zakat telah dibuka iaitu di Taman Selat, Butterworth, Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP), dan di Kompleks Bukit Mertajam.

Kini, PUZ telah menambah empat (4) lagi cawangan kaunter perkhidmatan zakat iaitu di Taman Jawi Jaya, Masjid Bayan Baru, Taman Sri Genting Balik Pulau, Kompleks Abdullah Fahim, Kepala Batas dan Lebuh Buckingham (menggantikan JAIPP).

Pada 3 Januari 2005, PUZ mengorak langkah yang lebih besar apabila berjaya memiliki bangunan sendiri di Bandar Perda, Bukit Mertajam sekaligus menjadikan ia sebagai ibu pejabat PUZ yang baru. 
Antara matlamat penubuhan PUZ ialah :-
Meningkatkan kutipan zakat negeri Pulau Pinang
Memperkenal sistem pungutan zakat yang lebih sistematik melalui operasi berkomputer.
Sebagai elemen ingat dan sedar kepada umat Islam bahawa zakat dapat memainkan peranan besar dalam mengukuhkan ekonomi umat Islam.
Menyediakan kemudahan membayar dan mengagihkan wang zakat dengan lebih berkesan dan adil agar pembayar zakat dan umat Islam yakin dan berpuas hati.
Memperkenal budaya kerja korporat dalam operasi pungutan dan pengagihan kumpulan wang zakat.


Tawaran adalah dibuka kepada warganegara Malaysia yang mempunyai kelayakan yang disyaratkan dan berminat untuk mengisi kekosongan jawatan :-

1. Warden Asrama Lelaki (2 kekosongan)
2. Warden Asrama Perempuan (2 kekosongan)

MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN

Tarikh Tutup Permohonan: 10 Disember 2011
Location : PULAU PINANG